Angka korban gempa bumi Venezuela lepasi 4,800 orang

Angka korban gempa bumi Venezuela lepasi 4,800 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CARACAS: Angka kematian akibat dua gempa bumi kuat yang melanda Venezuela bulan lalu kini melepasi 4,800 orang, menurut kenyataan kerajaan.

Gempa bumi berukuran 7.2 dan 7.5 magnitud itu berlaku dalam selang masa hanya seminit pada 24 Jun, memusnahkan negeri pesisir pantai La Guaira yang terletak di utara Caracas.

Bencana itu telah mengorbankan 4,829 orang, menurut angka terbaharu yang dikongsi Ketua Perhimpunan Kebangsaan, Jorge Rodriguez, menerusi Telegram.

Pasukan penyelamat bersama ahli keluarga mangsa di La Guaira masih meneruskan operasi mencari mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan bangunan, tiga minggu selepas gempa bumi melanda.

Sekurang-kurangnya 20,857 mangsa yang kehilangan tempat tinggal akibat gempa kini berlindung di kem penempatan sementara yang sesak, dengan kebanyakannya berdepan kekurangan bekalan air dan sistem sanitasi yang sempurna.

Gempa bumi itu turut menyebabkan 16,740 orang cedera, dengan Rodriguez sebelum ini memaklumkan kebanyakan mereka telah dibenarkan keluar dari hospital.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN