Tempahan ikan keli meningkat bulan Ramadan

Tempahan ikan keli meningkat bulan Ramadan

ANN Bazlin Seman menunjukkan ikan keli yang diternak di Kampung Gong Pasir, Kerandang, Besut, Terengganu. - UTUSAN/WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Ramadan bukan hanya membuka rezeki kepada penjual makanan dan minuman malah turut memberi pendapatan berganda kepada penternak ikan keli di daerah ini.

Ann Bazlin Seman, 42, dari Kampung Gong Pasir, Kerandang, berkata, permintaan terhadap sumber protein itu meningkat sekali ganda pada Ramadan ini berbanding bulan lain.

“Lazimnya dalam bulan-bulan lain, permintaan terhadap ikan keli ini sekitar 700 kilogram (kg) tetapi bulan puasa meningkat lebih 1,000kg.

“Permintaan ikan keli tinggi kerana rata-rata penjual berniaga di bazar Ramadan membuat tempahan lebih banyak berbanding hari biasa,” katanya ketika ditemui di sini kelmarin.

Ann Bazlin yang melibatkan diri bidang penternakan sejak 2022 berkata, kebanyakan peniaga bazar Ramadan memerlukan bekalan ikan yang banyak bagi menyediakan juadah ikan keli bakar dan lain-lain.

“Selain itu, saya masih mengekalkan harga lama iaitu RM9 sekilogram manakala borong pula RM8 sekilogram pada Ramadan ini,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan peniaga memilih ikan keli yang dianggarkan berat antara empat ke lima ekor bagi setiap sekilogram.

Katanya, dia menternak 10,000 ekor ikan keli dalam enam kolam bagi setiap kitaran.

“Saya menyasarkan jualan ikan pada bulan Ramadan ini mencecah RM8,000 apabila dalam tempoh dua minggu ini hasil jualan telah mencecah RM4,000,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN