Lelaki disyaki guna pistol semi automatik, peroleh dari negara jiran

Tembak KLIA: Lelaki disyaki guna pistol semi automatik, peroleh dari negara jiran

Tan Sri Razarudin Husain
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Lelaki yang melepaskan dua das tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi dipercayai telah menggunakan pistol semi automatik dengan peluru kaliber 9 mm.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian telah menemukan tiga kelongsong peluru.

“Satu daripadanya belum meletup. Suspek memiliki senjata itu secara haram dan dipercayai diperoleh dari negara jiran.

“Bagaimanapun, siasatan masih dilakukan pihak kita (polis),” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain memaklumkan suspek yang terlibat dalam insiden tembakan itu mempunyai tiga rekod jenayah lampau.

Kata beliau, mangsa iaitu isterinya sebelum ini pernah membuat dua laporan polis selepas menerima ugutan daripada suspek.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.15 pagi itu, suspek terdahulu bertindak melemparkan mercun yang turut mecederakan dua orang awam.

Suspek kemudian bertindak nekad melepaskan dua das tembakan terhadap isteri mangsa pada jarak antara tiga hingga empat meter.

Tembakan bagaimanapun mengenai salah seorang pengawal peribadi mangsa di bahagian perut yang ketika ini masih dalam keadaan kritikal.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 kerana cubaan membunuh serta Akta Senjata Api.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN