Tamrin  akan diambil keterangan 16 April  - Utusan Malaysia

 Tamrin  akan diambil keterangan 16 April 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Anak kepada  bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Ghafar Baba, Datuk Mohd Tamrin akan dipanggil polis berhubung catatan di sebuah  blog yang ‘meramalkan’ ’10 tahun lagi DAP akan jadi Tuan’.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan perkara itu. 

“Ya, kita (polis) tetapkan pada 16 April ini panggil Tamrin),” katanya di sini.

Terdahulu, Tamrin menerusi media sosial WhatsApp telah berkongsi dan mengesahkan maklumat bahawa beliau akan tampil ke Bukit Aman pukul 10.30 pagi untuk dirakam keterangan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5 Bukit Aman Selasa depan.

Bekas Ahli Parlimen Batu Berendam itu telah menerima panggilan telefon daripada pihak polis berhubung siasatan membabitkan catatan pada 4 April itu.

Menurut Tamrin, seorang pegawai menghubunginya semalam dan memperkenal diri sebagai pegawai dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman memohon kerjasamanya berhubung siasatan berkaitan blog itu.

“Dia tanya saya, bila saya boleh datang untuk memberi kenyataan. Memandangkan hari raya, saya cadangkan sedikit masa mungkin minggu depan.

“Saya kata mungkin pada hari raya kelapan atau kesembilan. Tetapi sekarang saya buat keputusan pergi pada 16 April,” jelasnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN