Syasya tinggalkan DOLLA - Utusan Malaysia

Syasya tinggalkan DOLLA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Dolla, Syasya, 23, disahkan meninggalkan kumpulan tersebut atas urusan peribadi.

Perkembangan itu dikongsi  Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim menerusi satu kenyataan hari ini.

“Walaupun berat hati menerima keputusan Syasya, pihak kami tetap menghormati pendirian beliau dan sentiasa mengharapkan yang terbaik buatnya. 

“Tiga ahli kumpulan DOLLA iaitu Angel, Sabronzo dan Tabby, akan meneruskan perjuangan seni buat peminat di dalam dan luar negara. 

“Malah, tahun ini pihak Universal Music Malaysia telah membuat pelbagai perancangan untuk memastikan kumpulan ini menempah nama di persada muzik Asia Tenggara, dan kami tetap akan meneruskan perancangan tersebut,” katanya.

Tabby dalam kenyataan sama memaklumkan akur dengan keputusan Syasya dan menghormati pilihannya untuk keluar daripada kumpulan tersebut.

“Tentulah kami berasa sedih dengan perkembangan ini, tapi kami sudah sepakat akan

memberikan sokongan penuh kepada Syasya walau apa jua keputusan beliau”, kongsinya.

Sabronzo pula memaklumkan mereka bertiga akan memberikan komitmen penuh untuk menjayakan segala perancangan DOLLA sebagai sebuah kumpulan.

“Hubungan kami sangat erat dan kami tetap anggap Syasya sebagai keluarga DOLLA. Persahabatan yang dibina selama ini tidak akan terputus begitu saja,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN