PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan sumbangan peribadi 25,000 kampit beras 10 kilogram kepada asnaf sepanjang Ramadan tahun ini. Berdasarkan hantaran melalui akaun Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sumbangan itu dikurniakan kepada asnaf di sekitar ibu negara. Sultan Ibrahim juga berkenan mengurniakan sumbangan beras kepada 194 kakitangan Istana Negara dan pekerja pengurusan fasiliti Istana Negara serta Istana Melawati di Putrajaya. Penerima sumbangan terdiri daripada kakitangan gred…