IPOH: Polis menahan sepasang suami isteri yang dipercayai menjadi dalang kegiatan mempromosikan pinjaman wang tanpa lesen dan judi dalam talian di sekitar Bazar Ramadan Stadium Perak. Pasangan warga tempatan berusia 54 dan 53 tahun itu ditangkap pada pukul 12.45 tengah malam tadi di sebuah rumah di Sitiawan, Manjung. Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, dalam tangkapan itu, beberapa barang kes dirampas iaitu telefon bimbit, buku catatan…










