Struktur semula sistem prasekolah antara inisiatif reformasi pendidikan

Struktur semula sistem prasekolah antara inisiatif reformasi pendidikan

KPM kini sedang melaksanakan pelbagai inisiatif penting bagi mereformasikan pendidikan negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini sedang melaksanakan pelbagai inisiatif penting bagi mereformasikan pendidikan negara.

KPM dalam kenyataan memaklumkan, ini termasuk pengstrukturan semula sistem prasekolah, Kurikulum Persekolahan 2027 dan intervensi kurikulum bagi menangani keciciran pembelajaran.

Katanya, kelas prasekolah akan diperluaskan di seluruh institusi pendidikan KPM bagi memastikan isu keciciran murid dapat ditangani dari peringkat awal.

“Tumpuan turut diberi kepada pembangunan profesionalisme guru. Pelbagai program ditawarkan untuk meningkatkan kompetensi dan profesionalisme guru dalam perkhidmatan.

“Terkini, KPM memperkenalkan platform Sistem Pengurusan Pembelajaran (SiPP) bagi memenuhi keperluan kompetensi digital guru,” katanya hari ini.

KPM berkata, pihaknya mengambil perhatian berhubung Laporan Bank Dunia bertajuk Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills berkenaan sistem pendidikan negara.

Perkara utama yang disentuh dalam laporan Bank Dunia seperti kualiti dan akses pendidikan prasekolah, kecekapan murid serta pembangunan profesionalisme guru sememangnya berada dalam perhatian KPM.

“KPM komited memastikan hasrat untuk mereformasikan pendidikan negara berjaya.

“Ia adalah usaha berterusan yang memerlukan komitmen, kerjasama dan sokongan semua pihak,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN