PETALING JAYA: Pelakon, Ruhainies mengakui sudah berkali-kali cuba menghubungi Bella Astillah untuk menjernihkan keadaan, namun tidak berjaya. Menerusi satu temu bual bersama sebuah program hiburan, Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 31, menegaskan dia bukan sengaja berdiam diri namun menunggu masa yang sesuai sebelum mengeluarkan kenyataan. “Sudah lama saya berniat untuk tampil tapi menunggu masa yang sesuai kerana keadaan terlalu panas dan tidak mahu kenyataan saya dimanipulasi. “Masa kejadian…










