KUALA LUMPUR: Projek Perumahan Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Sungai Besi dijangka siap pada penghujung tahun 2025. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebanyak 3,500 kunci unit rumah SASaR akan diserahkan pada anggota ATM yang berjaya ditawarkan. Menurut beliau, kerja-kerja pembinaan SASaR di Sungai Besi sudah mencecah 65.51 peratus yang mana ia menyaksikan projek tersebut berjaya mencapai 21 hari lebih awal daripada jadual ditetapkan.…