Negara hancur jika ATM terlibat rasuah

Negara hancur jika ATM terlibat rasuah

MOHAMED KHALED NORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Negara akan hancur sekiranya musuh sebenar Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan orang dalaman yang bersembunyi demi memperoleh keuntungan dan manfaat peribadi.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perbuatan jenayah berkaitan integriti dan moral terutama rasuah serta salah guna kuasa tidak boleh sama sekali dianggap sebagai hanya penyelewengan dan salah laku pentadbiran.

Katanya, tindakan tersebut sebenarnya merupakan ancaman besar terhadap keselamatan negara.

“Negara ini akan hancur dan lumpuh jika musuh ATM adalah orang dalaman, ATM tahu bagaimana menghadapi serangan ketenteraan, mereka memang diajar untuk berperang dan berjuang.

“Tetapi jika orang yang kita amanahkan untuk berjuang itu boleh dibeli, dirasuah dan dimiliki oleh golongan pemodal yang rakus, kita akan pasti tewas sebelum bertempur,” katanya pada Sesi Penerangan Menteri Pertahanan mengenai isu terkini berkaitan rasuah dan salah guna kuasa dalam ATM di Dewan Rakyat, hari ini.

Mohamed Khaled berkata, nyawa anggota ATM sendiri akan terancam sekiranya aktiviti seperti pembelian aset yang tidak bermutu, perolehan pertahunan yang beratus kali ganda lebih mahal, kekurangan dana disebabkan ketirisan berterusan.

“Semua ini bukan sahaja melemahkan sistem pertahanan nasional tetapi mengancam prajurit kita, ia menggugat kedaulatan tanah air dan merapuhkan kesejahteraan dan kemakmuran rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, Kementerian Pertahanan (MINDEF) berpendirian bahawa rasuah, penyalahgunaan kuasa dan kegelinciran integriti adalah tindakan yang keji, hina serta tidak bermoral.

Katanya, perbuatan itu sangat bercangah dengan sikap dan budaya sebenar MINDEF serta bukan sahaja menjejaskan wibawa ATM tetapi turut merupakan pengkhianatan yang besar terhadap sumpah setia pada negara.

“ATM bukan sebuah ‘kolam’ rasuah, bukan befungsi sebagai ekosistem nasional yang dipacu dengan imbuhan, ganjaran dan pemberian yang keji serta tidak halal.

“Elemen buruk sedemikian bukan sahaja menjejaskan kepercyaan rakyat dan menjejaskan persepsi terhadap kehebatan serta keungulan ATM, ia mengkhianati tujuan moral sebuah angkatan persenjetaraan yang berdaulat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN