Salahkah saya minta netizen tidak fitnah kesihatan PM - Chegubard

Salahkah saya minta netizen tidak fitnah kesihatan PM – Chegubard

CHEGUBARD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Aktivis pembangkang, Badrul Hisham Shaharin melahirkan perasaan pelik apabila disiasat hanya sebab menggesa warganet agar tidak memfitnah Perdana Menteri.

Beliau malahan hairan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ‘buang masa’ memanggil dirinya ekoran hantaran mengenai isu kesihatan pemimpin negara itu.

“Salahkah saya mengajak netizen supaya jangan fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini kecoh tular menerusi media sosial konon dijangkiti satu penyakit berbahaya,” soalnya.

Terdahulu, beliau hadir memberi keterangan di ibu pejabat SKMM bersama-sama aktivis sosial, Salim Iskandar di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, di sini hari ini.

Mereka dipanggil bagi disiasat mengikut Seksyen 233 akta berkenaan yang jika disabitkan kesalahan boleh didenda maksimum RM50,00 atau dihukum penjara sehingga satu tahun.

Mengulas lanjut, beliau yang mesra dengan panggilan Chegubard mendakwa hantaran dimuat naiknya itu turut menyeru umat Islam agar mendoakan kesihatan kepada Anwar.

Justeru, beliau meminta Perdana Menteri bersikap telus dan bertanggungjawab dengan memaklumkan kepada rakyat berhubung status sebenar keadaannya yang menjadi isu.

“Saya lebih bimbang dan tidak tidak sanggup lihat jika media asing pula memperbesarkan perkara ini sehingga boleh memberi impak negatif kepada ekonomi negara,” tambahnya.

Badrul Hisham yang juga Pengerusi Sekretariat Pembela Tanah Air (Peta) memberikan contoh pernah dilakukan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila dimasukkan ke hospital.

Ketika itu ujarnya, Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan pantas menjawab isu tersebut namun dikesali apabila menjadi bahan jenaka netizen yang propembangkang.

Walau bagaimanapun jelasnya, Anwar tidak boleh berdiam diri kerana kedudukan dirinya bukan orang biasa seperti dialami guru sekolah, tukang kebun atau penjual nasi lemak.

Sehubungan itu, beliau berasa simpati dengan pegawai SKMM yang didakwanya konon dikerah untuk menyiasat sedangkan ada banyak lagi panas panas tidak diberi perhatian.

“Apakah pihak kerajaan begitu takut dan cuba tutup ruang kebebasan bersuara rakyat yang selama ini jadi intipati demokrasi demi melindungi kepentingan Anwar,” tanya beliau lagi.

Pada masa sama, Badrul Hisham hairan kenapa langsung tiada tindakan diambil ke atas portal berita prokerajaan yang jelas menyebar fitnah ke atas Sultan Pahang baru-baru ini.

Sebaliknya, ujar beliau, SKMM dilihat ‘sibuk’ memanggil pentadbir media tertentu yang dilihat kononnya cuba memberikan imej negatif kepada kerajaan atas isu cukup remeh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN