Rumah di Flat Taman Sentul terbakar

Rumah di Flat Taman Sentul terbakar

BOMBA memadamkan kebakaran melibatkan sebuah rumah flat di Taman Dato Sentul, Kuala Lumpur hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebuah rumah di tingkat sembilan Flat Taman Sentul, Taman Dato Senu dekat sini musnah dalam kebakaran, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 1.43 petang tadi.

“Seramai 21 anggota bersama lima jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul, BBP Jalan Tun Razak dan BBP Gombak Selatan dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, kita mendapati terdapat sebuah rumah di tingkat sembilan flat terbabit terbakar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, tindakan pemadaman dilakukan menggunakan teknik offensive dan defensive untuk mengawal kebakaran daripada merebak.

Jelas beliau, kebakaran padam sepenuhnya pukul 3.25 petang.

“Kejadian itu menyebabkan rumah berkeluasan 680 kaki persegi itu terbakar 95 peratus.

“Tiada mangsa dilaporkan cedera dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×