Raja Muda Perlis lancar Ujana Bahasa Melayu - Utusan Malaysia

Raja Muda Perlis lancar Ujana Bahasa Melayu

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (kanan) berkenan menyempurnakan pelancaran Ujana Bahasa Melayu: Universiti Malaysia Perlis (Unimap)-FAHAD sewaktu Program Ziarah Mahabbah 2024. -UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHANG NGA, THAILAND: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyempurnakan pelancaran Ujana Bahasa Melayu: Universiti Malaysia Perlis (Unimap)-FAHAD.

Majlis pelancaran yang berlangsung di Fahad Wittayathan School itu merupakan antara usaha dilakukan bagi memperkasakan Bahasa Melayu di wilayah berkenaan.

Turut berangkat ke majlis pelancaran itu adalah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hadir sama Konsul Jeneral Malaysia di Songkla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi, Penasihat Undang-Undang negeri, Radhi Abas dan Naib Canselor Unimap, Prof. Datuk Dr. Zaliman Sauli.

Pada majlis itu, baginda berdua yang juga Canselor dan Pro Canselor Unimap turut berkenan menyaksikan penyampaian sumbangan buku Penerbitan Unimap dan Modul Literasi Bahasa Melayu Unimap-Yayasan Hasanah kepada pihak Fahad Wittayathan School.

Penyerahan sumbangan buku tersebut disampaikan kepada Pengarah Fahad Wittayathan School, Ali Prasankarn.

Buku-buku sumbangan ini adalah pemberian Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk ditempatkan di Ujana Bahasa Melayu di sekolah tersebut yang akan berfungsi sebagai pusat sehenti pembelajaran bahasa Melayu di wilayah Phang Nga.

Untuk rekod, program pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah itu telah bermula sejak tahun 2015 namun pelaksanaan terhenti seketika pada 2019 akibat pandemik Covid-19.

Pada kali ini, pelaksanaan program tersebut diteruskan semula dengan penglibatan guru bahasa dari Jabatan Bahasa & Pengajian Umum, Fakulti Perniagaan & Komunikasi Unimap seramai lima orang diketuai oleh Mohamad Zaki Abdul Halim, Sareepa Jearwe, Zuhairah Idrus, Nurul Syazwani Zulkifli dan Wan Norhaizar Harun.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya