PRK KKB: PN umum calon Khamis ini

PRK KKB: PN umum calon Khamis ini

MUHYIDDIN Yassin semasa menghadiri Majlis Rumah Terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Kuala Kubu Bharu, Selangor, hari ini. UTUSAN/M FIRDAUS M JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KUBU BHARU: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon mewakili gabungan itu bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu pada 25 April ini.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kepemimpinan tertinggi PN akan mengadakan mesyuarat dan memutuskan soal calon yang bakal mewakili mereka esok.

Kata beliau, calon itu ditentukan melalui kemampuannya untuk merampas kerusi tersebut yang dimenangi DAP sejak empat penggal lalu dan melalui saringan beberapa agensi sebelum dimuktamadkan.

“Mana-mana parti yang ada cadangan nak kemukakan nama calon kita terima tapi yang penting kita akan nilai siapa dinamakan, kelayakan-kelayakannya termasuk akademik dan penglibatan dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Sebaik mungkin calon daripada kawasan Hulu Selangor biasanya ada sentimen (pengundi) mahukan calon tempatan,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), di sini, hari ini.

PRK Kuala Kubu Bharu dijadual diadakan pada 11 Mei ini dan penamaan calon pula ditetapkan pasa 27 April ini.

PRK tersebut diadakan ekoran kematian penyandang kerusi tersebut Lee Kee Hiong, pada 21 Mac lepas.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos tahun lalu, Kee Hiong menewaskan calon PN, Teoh Kien Hong dengan majoriti 4,119 undi dan menjadikannya penyandang sejak tahun 2013.

Muhyiddin berkata, beliau yakin PN akan merampas kerusi tersebut pada PRK ini ekoran perubahan pengundi.

“Zaman dahulu dengan sekarang, sudah banyak yang berubah. Sentimen dan kebijaksanaan rakyat untuk menilai kegagalan kerajaan yang nyata serta jelik untuk dilihat,” jelasnya.

Tambahnya, PRK Kuala Kubu Bharu akan menjadi satu pilihan raya yang mencabar.

“(Ini) kerana yang sudah lama duduk dekat sini nak pertahankan kerusinya tapi kita rasa keadaan sekarang sudah berubah dan PN ada harapan untuk menang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN