PRK KKB: PM pesan jauh daripada kempen fitnah

PRK KKB: PM pesan jauh daripada kempen fitnah

SHAMSUL Iskandar (tiga dari kanan) hadir ke sidang media di Bilik Gerakan Utama Jabatan Pilihan Raya Negeri Selangor di sini - UTUSAN/M. FIRDAUS M. JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi pesanan kepada jentera Kerajaan Perpaduan untuk menyampaikan fakta yang sebenar mengenai kejayaan kerajaan.

Setiausaha Politik Kanan, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin berkata, Perdana Menteri menginginkan kempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu dilakukan dengan bersungguh-sungguh.

“Kita nak elakkan kempen kali ini (jauh daripada) kempen fitnah, kempen yang memburukkan personaliti dan mengambil sikap penyelewengan fakta dan provokasi antara kaum.

“Biarlah kempen ini (dilakukan secara) sihat, ini PRK yang pertama kali (diadakan) pada tahun ini dan ia berlaku di Selangor,” katanya semasa sidang media di Bilik Gerakan Utama, di sini hari ini.

PRK Kuala Kubu Baharu yang berlangsung pada 11 Mei ini menyaksikan perlawanan empat penjuru antara Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).

Mengulas lanjut, Shamsul Iskandar berkata, kerjasama baik sudah diwujudkan antara kerajaan negeri dan Persekutuan maka ia perlu kekal diteruskan seperti itu.

“Kuala Kubu Baharu ini perlu diteruskan dengan program-program yang telah disusun oleh mendiang Lee Kee Hiong. Saya percaya calon yang mewakili Pakatan Harapan (PH) dan Kerajaan Perpaduan akan membawa kesinambungan ditinggalkan mendiang.

“Saya harap pengundi-pengundi Kuala Kubu Baharu tidak mengambil atau mensia-siakan peluang ini.

“Kita tidak mahu memilih seorang wakil yang akhirnya tidak boleh membuat apa-apa. Sekarang apabila kita turun di bawah sudah ada cakap-cakap yang mereka tidak mahu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ‘mayat,” jelasnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×