‘Syabas anak-anak Malaysia. Terus harumkan nama negara’

‘Syabas anak-anak Malaysia. Terus harumkan nama negara’

SKUAD sepak takraw negara menghadiahkan emas keempat buat Malaysia di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 selepas menewaskan Thailand 2-0 dalam acara regu berpasukan, sekali gus menamatkan penantian 36 tahun untuk kembali bergelar juara, sebentar tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada skuad sepak takraw lelaki negara, selepas meraih pingat emas acara regu berpasukan pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, hari ini.

Beliau berkata, kejayaan menamatkan penantian 36 tahun untuk kembali meraih emas dalam acara itu, yang juga merupakan pingat emas keempat buat kontinjen Malaysia di temasya itu setakat ini, merupakan kemenangan amat bermakna dan membanggakan seluruh rakyat Malaysia.

“Syabas anak-anak Malaysia. Teruskan mengharumkan nama negara,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, skuad sepak takraw negara meraih emas acara regu berpasukan lelaki, selepas menewaskan Thailand 2-0 pada aksi final Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Paloma Mizuho Arena.

Kejayaan itu menyaksikan Malaysia mengulangi pencapaian sama pada Sukan Asia 1990 di Beijing, selain menghadiahkan Malaysia pingat emas keempat pada temasya berkenaan.-BERNAMA

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×