PRK KKB: Hari penamaan calon lancar, tidak kecoh

PRK KKB: Hari penamaan calon lancar, tidak kecoh

S SASIKALA DEVI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiada kekecohan dilaporkan ketika  tempoh penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bahru di Hulu Selangor hari ini.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala berkata, seramai 284 pegawai dan anggota polis ditugaskan sepanjang proses penamaan calon pagi ini.

Menurut beliau, pihaknya turut dibantu 15 pegawai dan anggota daripada Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

“Semasa proses penamaan calon, seramai 1,310 penyokong daripada tiga parti hadir di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor yang dijadikan Pusat Penamaan Calon.

“Pusat penamaan calon terkawal dan berjalan lancar tanpa ada sebarang kekecohan yang berlaku,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sasikala berkata, polis berterima kasih kepada semua parti politik yang bertanding kerana memberikan kerjasama dan mematuhi peraturan  Polis Diraja Malaysia serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Beliau berharap, kerjasama itu dapat diteruskan sehingga hari pengundian.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan calon Bebas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN