PETALING JAYA: Tiada kekecohan dilaporkan ketika tempoh penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bahru di Hulu Selangor hari ini. Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala berkata, seramai 284 pegawai dan anggota polis ditugaskan sepanjang proses penamaan calon pagi ini. Menurut beliau, pihaknya turut dibantu 15 pegawai dan anggota daripada Majlis Perbandaran Hulu Selangor. “Semasa proses penamaan calon, seramai 1,310 penyokong daripada tiga parti…










