Suri rumah terpedaya pelaburan dalam Telegram, rugi RM131,000 

Suri rumah terpedaya pelaburan dalam Telegram, rugi RM131,000 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Seorang suri rumah sanggup menggadai barangan kemas miliknya hanya untuk membuat pelaburan di aplikasi Telegram sebelum akhirnya menanggung kerugian melebihi RM131,000 kerana ditipu.

Mangsa berusia 37 tahun difahamkan pada hujung bulan lalu telah terlihat satu pelaburan di aplikasi Telegram yang menjanjikan pulangan lumayan.

Wanita terbabit yang berminat kemudian berhubung dengan seorang lelaki untuk melabur sebelum dia diberi satu ujian bagi membolehkan menjadi pelabur syarikat terbabit.

Bukan itu sahaja, wanita terbabit turut membuka akaun pelaburan melalui pautan diberikan kononnya bagi memudahkan urusan pelaburan.

Sejak itu mangsa memindahkan wang ke beberapa akaun bank menggunakan wang diperoleh hasil barangan kemas yang dipajak.

Namun, sehingga kini dia pelbagai alasan diberikan oleh pelabur dan menyebabkan wanita itu berasa ditipu sebelum tampil membuat laporan di Balai Polis Selayang semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir mengesahkan menerima laporan dibuat mangsa.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN