KANGAR: Pas menyifatkan isu penahanan anak Menteri Besar Perlis oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan memberi kesan kepada parti itu dan Perikatan Nasional (PN) dalam mendepani Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu. Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, isu-isu seperti itu khususnya ketika menjelang pilihan raya dilihat tidak akan mengganggu dan Pas juga sentiasa terbuka kepada siasatan tersebut. Malah,…