Polis siasat kematian warga emas sebagai kes bunuh - Utusan Malaysia

Polis siasat kematian warga emas sebagai kes bunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Polis mengklasifikasikan kes kematian seorang warga emas di daerah ini, minggu lalu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana dipercayai kes bunuh.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, pada pukul 10 malam, 2 April lalu, pihaknya menerima laporan seorang lelaki berusia 77 tahun telah ditemukan terbaring di tepi jalan berhampiran tapak letak kereta premis perniagaan, Garden Homes Seremban 2. 

“Ketika itu lelaki itu masih bernyawa tanpa sebarang kesan cedera atau pendarahan namun mempunyai kesukaran bercakap.

“Lelaki itu telah dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) untuk rawatan namun telah meninggal dunia pada kira-kira pukul 9.10 pagi pada 4 April lalu dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan kesan kecederaan di kepala akibat khudrat tumpul,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sehubungan itu katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian diminta tampil dan boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Superintenden Fauzan Azima di nombor 019-7918695 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban di nombor 06-6033222 untuk membantu siasatan.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN