KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 peringkat nasional di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), esok. Sabah adalah lokasi kedua penganjuran majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri selepas Johor semalam. Majlis dijangka bermula pukul 10.30 pagi itu akan turut dihadiri Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor serta barisan Kabinet negeri yang lain. Sebelum menghadiri majlis sambutan…