PH bincang PRK Kuala Kubu Baharu dalam masa terdekat

PH bincang PRK Kuala Kubu Baharu dalam masa terdekat – Saifuddin

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi membincangkan isu-isu terkait Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.

Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau sendiri akan bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi Pakatan Harapan (PH) bagi membincangkan perkara itu.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, pihaknya akan semak balik tarikh terdekat bagi mesyuarat PH untuk membincangkan mengenai PRK itu.

“Biasanya mesyuarat itu akan memuktamadkan status quo dari segi parti yang akan bertanding di kawasan itu.

“Kemudian kami akan mendengar parti berkenaan untuk kemuka senarai calon mereka dan persiapan jentera kempen dan logistik,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan PRK Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini dengan 27 April sebagai hari penamaan calon.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh dilaporkan berkata, hari pengundian awal pula ditetapkan pada 7 Mei ini dengan tempoh berkempen selama 14 hari.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong pada 21 Mac lalu.

Kee Hiong, 58, menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Baharu di bawah Parlimen Hulu Selangor sejak 2013, meninggal dunia akibat kanser.

Ditanya gesaan MCA untuk bertanding di PRK itu, Saifuddin bagaimanapun enggan mengulas perkara itu.

“Saya cakap (kapasiti) sebagai Ketua Setiausaha PH. Jadi kita selesaikan rumah tangga PH dulu,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Pemuda MCA mahu parti itu bertanding pada PRK bagi mengisi kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Bharu.

Ketua Pemuda MCA Petaling Jaya, Andy Teoh Tuck Wah berkata, kerusi itu pernah menjadi kubu kuat MCA dari tahun 1974 sehingga 2013.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN