PGA digerakkan lakukan rondaan di KLIA - Anthony

PGA digerakkan lakukan rondaan di KLIA – Anthony

ANTHONY LOKE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) digerakkan bagi melakukan rondaan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, perkara itu dimaklumkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi mesyuarat Kabinet yang berlangsung pada hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, penempatan PGA itu sama ada kekal atau bersifat sementara akan diputuskan sendiri oleh KDN.

“Kabinet dimaklumkan bahawa KDN telah menghantar pasukan PGA ke lapangan terbang tersebut untuk melakukan rondaan,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Anthony Loke berkata, berhubung tahap keselamatan di KLIA pihak Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan PDRM akan duduk bersama dalam membincang isu berkenaan.

Ahad lalu, seorang lelaki telah melepaskan dua das tembakan dengan satu daripadanya terkena seorang pengawal peribadi dalam kejadian pukul 1.20 pagi.

Wanita yang menjadi sasaran dalam insiden itu terselamat dan pihak polis memaklumkan kejadian bermotifkan perihal peribadi antara suspek dan isterinya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN