PETALING JAYA: Dua pesawat yang terlibat kejadian terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak terlibat raptai bersempena perbarisan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90 pada Sabtu ini.
Difahamkan, dua pesawat itu membabitkan model Fennec (M502-6) dan HOM AW139.
Terdahulu, Utusan Online melaporkan kejadian itu dipercayai semasa sesi raptai sempena Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90 di Kem TLDM Lumut, Manjung, Perak.
Bomba mengesahkan 10 mangsa termasuk juruterbang maut dalam kejadian itu. –UTUSAN










