Pesara maut dirempuh lori dalam nahas lima kenderaan

Pesara maut dirempuh lori dalam nahas lima kenderaan

KEADAAN lokasi kemalangan yang mengakibatkan seorang lelaki yang juga pesara tentera meninggal dunia di Jalan Seremban-Tampin dekat Seremban, Negeri Sembilan, semalam.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang pesara tentera maut selepas dirempuh sebuah lori yang mengelongsor dalam nahas lima buah kenderaan di Jalan Seremban-Tampin, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner, Mohamad Hatta Che Din berkata, kejadian kira-kira pukul 6 petang itu melibatkan sebuah bas, lori, dua buah kereta dan sebuah motosikal.

Katanya, siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis Proton Wira yang dipandu seorang lelaki berusia lingkungan 70-an bersama seorang penumpang wanita dari Ampangan menghala ke Port Dickson mengalami kerosakan di lorong kiri. 

Katanya, sebuah kereta jenis Hyundai Getz yang dipandu seorang lelaki telah melanggar belakang kereta Proton Wira itu. 

‘Tidak lama kemudian datang seorang penunggang motosikal jenis Honda Wave iaitu seorang lelaki yang telah berhenti untuk memberi bantuan kepada kenderaan yang terlibat kemalangan. 

“Selepas itu datang sebuah lori jenis Hino yang dipandu oleh seorang lelaki bersama tiga penumpang lelaki dari arah sama telah berhenti di belakang kenderaan yang terlibat kemalangan untuk mengubah haluan ke lorong kanan.

“Lori itu kemudian dilanggar oleh sebuah bas jenis Nissan yang dipandu seorang lelaki bersama 40 penumpang iaitu pekerja kilang di bahagian belakang sebelah kanan lori.

“Perlanggaran itu mengakibatkan lori menggelongsor ke hadapan dan melanggar pemandu kereta jenis Proton Wira, pemandu Hyundai Getz dan penunggang motosikal,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohamad Hatta berkata, kemalangan tersebut mengakibatkan pemandu Proton Wira telah mengalami kecederaan di kepala dan meninggal dunia di lokasi kemalangan manakala pemandu Hyundai Getz dan penunggang motosikal mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke zon kuning Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS).

“Kes disiasat di bawah Sekyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN