Pengurusan hal ehwal Islam tidak boleh ikut selera bukan Islam

Pengurusan hal ehwal Islam tidak boleh ikut selera bukan Islam

ZAINUL RIJAL ABU BAKAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Badan Peguam Syarie Malaysia Wilayah-Wilayah Persekutuan menempelak Majlis Perundingan Agama, Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) kerana menyentuh isu agama, raja dan kaum (3R).

Ia berkaitan kenyataan badan itu baru-baru ini bahawa cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 sebagai tidak berperlembagaan dan tidak wajar dilaksana.

Presiden Badan Peguam Syarie Malaysia Wilayah-Wilayah Persekutuan, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar mendakwa, MCCBCHST turut menimbulkan kebencian dalam kalangan penganut Islam, justeru, tindakan undang-undang wajar dikenakan terhadap badan tersebut.

“Kenyataan pertubuhan itu yang mendakwa pindaan kepada Akta 355 tidak harus dilaksana dan melanggar perlembagaan sebenarnya menghakis kesan perlembagaan.

“Akta 355 selama ini hanya terpakai kepada orang Islam. Perkara 11 (3) Perlembagaan Persekutuan menyatakan tiap-tiap kumpulan agama berhak menguruskan agamanya.

“Hal ehwal dan pengurusan orang Islam tidak boleh ditentukan mengikut selera orang bukan Islam dan begitulah sebaliknya, orang Islam tidak mencampuri dan menguruskan hal ehwal orang bukan Islam,” katanya dalam satu kenyataan.

Akhbar pada pada 2 April lalu melaporkan bahawa majlis itu beranggapan cadangan pindaan Akta 355 tidak berperlembagaan dan bertentangan dengan struktur asas perlembagaan.

Ia atas alasan kesalahan jenayah berkaitan sudah termasuk dalam undang-undang jenayah sedia ada seperti yang disenarai dalam Perlembagaan Persekutuan.

Rang Undang-Undang (RUU) Akta 355 dibentang melalui usul persendirian oleh Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada 26 Mei 2016, namun, perbahasannya tertangguh beberapa tahun sehingga tidak lagi timbul dalam mesyuarat Parlimen.

RUU 355 bertujuan meningkatkan bidang kuasa menghukum bagi mahkamah syariah untuk kesalahan jenayah syariah, tanpa melibatkan ma­syarakat bukan Islam, namun, ia hanya di peringkat usul tanpa perbahasan.

Ia juga memperuntukkan pemberian dan penye­ragaman bidang kuasa kepada mahkamah ditubuh di bawah mana-mana undang-undang negeri bagi maksud membicara kesalahan di bawah hukum syarak.

Pada 18 Februari lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd. Na’im Mokhtar berkata, RUU Akta 355 kini di peringkat libat urus yang dilakukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), semua pemegang taruh termasuk majlis agama Islam negeri (MAIN). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN