Penggaya rambut GiatMara tidak menang tangan

Penggaya rambut GiatMara tidak menang tangan

MUHAMMAD Shahrul Izham A. Raziman tekun menggayakan rambut pelanggan di GiatMara Rasah, Seremban semalam. – MINGGUAN/NUR SHARIEZA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Menjelang sambutan Aidilfitri, penggayaan rambut antara perkara penting untuk ditampilkan di pagi 1 Syawal terutama dalam kalangan wanita

Bertitik tolak dengan itu, pelatih GiatMara Rasah menerusi Bengkel Senireka Gaya Rambut tidak menang tangan mene­rima kedatangan pelanggan yang mahu tampil bergaya dengan potongan rambut idaman.

Lebih menarik lagi, pelanggan juga boleh mendapatkan 50 peratus harga yang jauh lebih murah daripada harga pasaran.

Tenaga pengajar, Nurfatihatul Asma Selamat, 33 berkata, sambutan yang diterima sangat menggalakkan daripada pelanggan sejak pihaknya menawarkan khidmat tersebut pada awal bulan Mac lalu.

“Secara puratanya sejak tiga minggu lalu, kami telah me­nerima sekurang-kurangnya 40 hingga 50 pelanggan berkunjung ke sini.

“Walaupun harga jauh lebih murah tetapi kualiti potongan pelatih di sini setanding kedai gunting atau salun premium.

“Rata-rata pelanggan juga berpuas hati kerana mereka boleh mendapatkan pelbagai gaya potongan pada harga berpatutan hasil daripada pelatih berkemahiran,” katanya ketika ditemui semalam.

Sementara itu, seorang pelatih, Siti Azah Mat, 53, yang juga seorang pesara syarikat berkata, dia berasa teruja kerana dapat memberi khidmat penggayaan rambut kepada pelanggan sempena raya.

“Segala ilmu serta kemahiran potong rambut dan lain-lain yang dipelajari dalam kursus selama empat bulan ini akhirnya dapat saya praktikkan dalam situasi sebenar.

“Gembira juga bila pelanggan kata hasil sangat baik. Berkemungkinan baki dua bulan belajar dalam kemahiran ini, boleh saya mengusahakan perniagaan salun nanti,” katanya yang mengikuti Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap dua. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×