Pengembara Malaysia perlu peka gangguan jadual penerbangan di Asia Barat

Pengembara Malaysia perlu peka gangguan jadual penerbangan di Asia Barat

KONFLIK Iran-Israel di Asia Barat dijangka tidak berpanjangan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Luar Negeri menasihatkan pengembara dari Malaysia untuk sentiasa peka dengan kemungkinan gangguan jadual penerbangan susulan pembukaan semula ruang udara Iraq, Iran, Jordan dan Lubnan.

Berikutan itu, Kemeneterian Luar Negeri menyarankan pengembara Malaysia untuk merancang perjalanan dengan sewajarnya selain kekal berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan di negara-negara tersebut.

“Kerajaan Iran, Iraq, Jordan dan Lubnan telah mengumumkan pembukaan semula ruang udara dan penyambungan operasi penerbangan di negara masing-masing.

“Adalah dijangkakan terdapat kemungkinan kelewatan penerbangan apabila operasi disambung semula secara berperingkat dan disesuaikan dengan protokol baharu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahad lalu, Iraq membuka semula ruang udaranya selepas beberapa jam ditutup selepas jirannya iaitu Iran melancarkan serangan dron dan peluru berpandu terhadap Israel.

Negara jiran kepada Iraq iaitu Jordan, Lubnan dan Israel turut membuka semula ruang udara mereka pada hari sama.

Pihak berkuasa penerbangan awam Iraq dalam satu kenyataan memaklumkan, pembukaan semula ruang udara dan penyambungan semula perkhidmatan penerbangan di lapangan terbang negara itu telah mengambil kira penilaian risiko keselamatan terhadap pesawat penerbangan awam.

Terdahulu, Malaysia Airlines (MAS) turut mengubah laluan penerbangan antara Kuala Lumpur dan London untuk mengelak ruang udara Iran berikutan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat.

MAS, Air India, Qantas Australia serta syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa adalah antara syarikat penerbangan pertama yang mengubah laluan penerbangan buat sementara waktu kerana bimbang Iran akan menyerang Israel. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN