PETALING JAYA: Pergerakan Pemuda UMNO menyeru orang ramai memboikot semua produk ahli perniagaan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri sebagai pengajaran susulan penerbitan video raya yang dianggap tidak menjaga sensitiviti umat Islam. Ketua Pemudanya, Dr. Muhammad Akmal Saleh berkata, beliau menganggap ‘teaser’ video yang dimuat naik ke media sosial oleh ahli perniagaan tersebut tidak menjaga sensitiviti umat Islam khususnya di bulan Ramadan. Beliau berkata, tindakan tegas perlu diambil terhadap Aliff memandangkan…









