SETIU: Seorang pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ditemukan lemas ketika berkelah di Sungai Lata Ulu Kasar dekat Kampung Sungai Tong, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Setiu, Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata, mangsa, Suraya Hassan, 22, berasal dari Batu Pahat, Johor, disahkan lemas ketika cuba membantu salah seorang rakannya yang hampir lemas ketika mandi-manda.
Kata beliau, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 1.48 petang dan sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian.
“Siasatan mendapati Suraya bersama beberapa rakan p ke lokasi untuk berkelah dan mandi-manda, namun mangsa bertindak cuba membantu salah seorang rakannya p, Nur Najwa Farina Mohamed, 25, yang dikatakan hampir lemas.
“Kawannya dapat diselamatkan manakala Suraya pula disahkan lemas,” katanya di sini hari ini.
Katanya mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk proses bedah siasat manakala seorang lagi mangsa yang terselamat dihantar ke hospital sama untuk rawatan. – UTUSAN










