Peminat tak keruan saat CN Blue bercakap dalam bahasa Melayu - Utusan Malaysia

Peminat tak keruan saat CN Blue bercakap dalam bahasa Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selepas 10 tahun, kumpulan rock Korea Selatan, CN Blue kembali ke Malaysia untuk mengubat rindu peminat mereka menerusi konsert jelajah ‘CNBLUENTITY’ Asia di Mega Star Arena, malam tadi.

Persembahan trio Jung Yong Hwa, Lee Jung Shin dan Kang Min Hyuk itu disambut kira-kira 5,000 peminat yang sekian lama menantikan ‘kedatangan’ semula mereka ke negara ini.

“Malaysia, kami sangat merindui anda semua. Kali terakhir ke sini rasanya tahun 2015, hampir 10 tahun tidak berjumpa. 

“Semangat dan sokongan anda sangat menakjubkan,” kata Yong Hwa yang juga vokalis dan gitaris kumpulan ini.

Antara momen menarik sepanjang konsert yang berlangsung selama tiga jam itu adalah apabila ketiga-tiga jejaka tampan itu bertutur dalam bahasa Melayu. 

“Awak cantiklah. Mantap gila,” ujar Jung Shin.

“Bagus, nak lagi?,” kata Yong Hwa disambut sorakan penonton.

CN Blue menyanyikan hampir 24 lagu termasuk lagu hits seperti I’m a loner, LOVE, I’m Sorry, Intuition dan Love Girl. 

Terdahulu, Tiket konsert CN Blue yang mula dijual pada Februari lepas sold out menjelang konsert.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN