Peminat kecewa, Malaysia belum tersenarai lokasi konsert Sheila on 7 tahun 2024 - Utusan Malaysia

Peminat kecewa, Malaysia belum tersenarai lokasi konsert Sheila on 7 tahun 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kumpulan terkenal Indonesia, Sheila on 7 (SO7), telah mengumumkan lima lokasi untuk konsert jelajah Tunggu Aku bagi tahun 2024.

Namun begitu, Malaysia belum tersenarai sebagai salah satu lokasi konsert penyanyi Seberapa Pantas itu.

Lima kota yang tersenarai untuk siri jelajah yang bermula 27 Julai ini ialah Samarinda, Makassar, Pekanbaru, Medan dan Bandung.

“Saya berharap penonton dapat perasakan pengalaman sama seperti konsert di Jakarta tempoh hari. Semuanya bahagia, terharu, nyanyi dan lompat bersama.

“Konsert di Jakarta tempoh hari sangat memuaskan. Kami ingin kota yang lain juga merasakan pengalaman seperti itu,” kata pemain gitar kumpulan ini, Adam Subarkah.

Konsert Sheila on 7 merupakan antara yang dinantikan oleh kelab peminat yang menggelarkan diri mereka Sheila Gank.

Di media sosial, rata-rata berharap agar Kuala Lumpur akan menjadi pilihan kumpulan tersebut untuk mengadakan konsert.

“Susah juga SO7 nak cari peta Malaysia,” tulis satu komen.

“Kalau tak datang Malaysia, terpaksa kita yang pergi ke Indonesia,” kata peminat yang lain.

“Tak ada band Indonesia lain yang boleh lawan SO7, tolong datang Malaysia,” tulis satu ciapan.

Kali terakhir SO7 mengadakan konsert di Malaysia ialah pada tahun 2018, di KWC Mall yang dihadiri kira-kira 7,000 pengunjung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya