Pembantu akaun dicabul, dicium sukarelawan pegawai penguat kuasa syariah - Utusan Malaysia

Pembantu akaun dicabul, dicium sukarelawan pegawai penguat kuasa syariah

HANYAN RAMLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seorang pembantu akaun mendakwa dicabul kehormatan dan dicium seorang sukarelawan pegawai penguat kuasa syariah di negeri ini, di Pantai Teluk Mak Nik, di sini, kira-kira pukul 7 petang pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, sebelum kejadian, mangsa yang berusia 24 tahun ke pantai itu bersama tunangnya.

“Wanita itu mendakwa, ketika dia dan tunangnya berada dalam kereta, mereka kemudiannya didatangi suspek yang berusia 53 tahun.

“Suspek meminta mangsa dan pasangan keluar dari kenderaan dan merampas kunci kereta tersebut sebelum meminta pasangan itu menunjukkan kad pengenalan serta mengugut untuk membawa mereka ke pejabat agama,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Hanyan berkata, mangsa mengesyaki lelaki tersebut daripada pejabat agama dan menuruti sahaja arahannya kerana takut.

“Lelaki tersebut mengarahkan tunang mangsa pulang dan memberitahu akan menghantar mangsa pulang ke rumah.

“Mangsa mendakwa, suspek telah merangkul pinggangnya sebanyak dua kali dan meminta untuk memegang payudara mangsa, namun permintaannya ditolak mangsa,” katanya.

Hanyan berkata, ketikan tiba di rumah mangsa di Taman Perwaja, suspek telah meminta mangsa mencium pipinya dan lelaki itu telah menarik kepala pengadu lalu mencium mulut pengadu.

“Suspek ditahan reman sehingga esok bagi membantu siasatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya