Guru silat direman seminggu berhubung kes cabul remaja

Guru silat direman seminggu berhubung kes cabul remaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA : Seorang guru silat direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Melaka, Ayer Keroh hari ini berhuhung kes mencabul seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di sebuah rumah di Taman Telok Mas, di sini bulan lalu.

Perintah reman terhadap suspek berusia 44 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Uthman Abd Ghani bermula hari ini hingga 11 November bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Menurut sumber, kejadian bermula pada 7 Oktober lalu apabila suspek mengambil mangsa di rumah keluarganya di Pulau Sebang, Alor Gajah kira-kira pukul 7 malam dengan alasan mahu membawanya menjalani latihan silat.

Bagaimanapun, suspek membawa mangsa ke rumahnya di Taman Telok Mas kononnya untuk belajar tinju sebagai persediaan menyertai ujibakat Sukan Malaysia (SUKMA) di Johor Bahru.

“Setibanya di rumah kira-kira pukul 11 malam, suspek memaklumkan latihan tidak dapat dijalankan kerana sudah lewat dan meminta mangsa tidur di bilik utama. Hanya mereka berdua berada di rumah ketika itu,” katanya kepada pemberita, hari ini. 

Sumber berkata, keesokan paginya suspek bertindak mencium, memeluk serta meraba kemaluan dan payudara remaja tersebut.

“Mangsa yang ketakutan hanya mendiamkan diri kerana bimbang diapa-apakan. Suspek turut mengarahkannya supaya tidak memberitahu keluarga tentang kejadian itu,” katanya.

Bagaimanapun, mangsa akhirnya menceritakan perbuatan lelaki itu kepada bapanya semalam selepas tidak tahan memendam perasaan.

“Bapa mangsa kemudian membawa anaknya membuat laporan di Balai Polis Kandang sebelum suspek berjaya ditahan malam tadi,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN