Pekerja jatuh dalam tangki simen putus kepala, tangan - Utusan Malaysia

Pekerja jatuh dalam tangki simen putus kepala, tangan

Maut simen
KEADAAN mayat seorang pekerja dikeluarkan pasukan bomba selepas terjatuh dalam tangki adunan simen sebuah kilang dekat Seksyen 35, di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang pekerja sebuah kilang batu yang maut akibat terjatuh dalam tangki pembancuh simen dekat Seksyen 35, di sini, hari ini dilaporkan mengalami kecederaan kepala dan tangan kanan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, polis menerima panggilan kira-kira pukul 11.44 pagi tadi daripada orang awam yang mendakwa menemukan mayat terapung di dalam tangki tersebut.

Menurutnya, bagaimanapun tiada kesan pergelutan dan lain-lain kecederaan yang menyebabkan kematian mangsa.

“Pemeriksaan oleh pihak Forensik Selangor ke atas badan simati mendapati tangan sebelah kanan (dari paras siku) dan kepala terputus. Simati dipercayai terjatuh sendiri ke dalam tangki bancuhan simen dan terkena bilah pembancuh simen.

“Identiti simati telah dikenalpasti oleh waris melalui pengecaman tatu pada lengan sebelah kiri,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Tambanya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Shah Alam untuk mengenal pasti punca kematian.

Dalam pada itu, beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut supaya menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd. Shahrul Bakhir di talian 012-3630512. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN