SERIAN: Suasana pilu menyelubungi upacara pengebumian seorang daripada kru wanita yang terkorban dalam insiden pertembungan dua buah helikopter di Lumut pada Selasa lalu, Laskar Kanan (LK) Joanna Felicia Rohna. Mayat mendiang selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kristian di Kampung Engkaroh kira-kira pukul 11.30 pagi ini. Upacara pengebumian yang dihadiri ratusan orang itu diselubungi suasana pilu terutama dua orang anak mendiang yang bertanya di mana ibu mereka. Mayat Joanna diterbangkan pulang…