MOF, BNM diseru denda Maybank - Ka Siong

MOF, BNM diseru denda Maybank – Ka Siong

WEE KA SIONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Kewangan (MOF) dan Bank Negara Malaysia diseru mengenakan penalti kepada Maybank susulan perkhidmatan perbankan institusi itu yang tergendala baru-baru ini. 

Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, isu itu tidak boleh diterima sama sekali terutamanya ketika rakyat Malaysia semakin bergantung kepada pembayaran secara dalam talian atau e-pembayaran seiring objektif BNM. 

Beliau yang juga Presiden MCA berkata, apa yang lebih mengecewakan adalah tiada sebarang notis dikeluarkan terlebih awal sebelum isu itu berlaku, malah pihaknya percaya jutaan rakyat Malaysia selaku pengguna terkesan dengan apa yang berlaku. 

“Oleh itu, saya menyeru kepada Kementerian Kewangan dan BNM untuk mengenakan penalti kepada Maybank berhubung insiden ini. 

“Bukan sahaja sebagai pengajaran kepada Maybank, tetapi juga menjadi iktibar kepada bank-bank atau operator yang lain supaya kejadian sama tidak berulang sehingga menyusahkan pengguna. 

“Dalam masa sama, diharapkan bank-bank dapat memberikan perkhidmatan terbaik di masa depan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook. 

Jumaat lepas, media melaporkan, beberapa perkhidmatan perbankan Maybank, MAE dipercayai tergendala sehingga menyebabkan orang ramai tidak dapat mengakses aplikasi perbankan dalam talian. 

Ia termasuk pengeluaran melalui mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

Mengulas lanjut, Ka Siong berkata, penting untuk memberikan notis awal atau mengumumkan bila kerja-kerja penyelenggaraan sistem akan dibuat. 

Katanya, ia supaya para pengguna lebih bersedia dan akan menggunakan alternatif lain bagi mengelakkan mereka ditimpa kesulitan yang tidak sepatutnya berlaku,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×