SEMUA pemuzik yang mendapat manfaat daripada budaya independen perlu berterima kasih kepada punk. Semua pemuzik, tak kira genre apa yang awak main. Sebab muzik independen, yang kelahirannya dibidani Buzzcocks, Martin Hannett dan Richard Boon di Bolton, England (juga semangat The Saints dan Fatal Records di Brisbane, Australia), ialah produk budaya punk. Punk bukan sekadar genre muzik. Lebih besar lagi, ia sebuah cara hidup. Dan di tangan Ian MacKaye, ia menjadi…










