MCA terus jadi semak, imbang kerajaan - Utusan Malaysia

MCA terus jadi semak, imbang kerajaan

WEE Ka Siong mengadakan pertemuan bersama Anwar Ibrahim di Putrajaya. FACEBOOK WEE KA SIONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: MCA terus menjalankan tanggungjawab dan memainkan peranan sebagai ‘semak dan imbang’ dalam kerajaan.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berlkata,  namun partinya akan mendokong apa jua keputusan yang memberi manfaat kepada rakyat.

Katanya l, beliau telah membangkitkan beberapa isu rakyat ketika pertemuan selama sejam bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya hari ini.

“Dalam masa sama, saya menyampaikan beberapa pandangan daripada MCA berhubung isu-isu semasa khususnya berkaitan ekonomi, pendidikan, hubungan kaum, kos sara hidup, PADU dan dasar-dasar yang memerlukan perhatian serius oleh kerajaan.

“Terima kasih YAB PMX kerana sentiasa mendengar pandangan yang disampaikan demi kebaikan rakyat dan negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Meskipun MCA merupakan antara parti yang mendokong kerajaan perpaduan, namun parti itu sering dilihat mengkritik beberapa dasar kerajaan.

Dalam pada itu, Ka Siong yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam juga membawa isu kawasannya untuk perhatian Perdana Menteri.

Antaranya pembangunan infrastruktur demi membolehkan Majlis Daerah Yong Peng (MDYP) dinaiktaraf kepada sebuah Majlis Perbandaran, projek pembinaan pasar awam Yong Peng dan pembangunan Yong Peng High School. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN