Malaysia laksana mekanisme harga bahan api

Malaysia laksana mekanisme harga bahan api – Menteri Kewangan II

CUKAI
AMIR HAMZAH AZIZAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia menyasarkan pelaksanaan mekanisme penetapan harga bahan api yang bersesuaian dalam mencapai keseimbangan melalui penggunaan tenaga lebih cekap.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, langkah itu sebagai menyambut usaha tindakan perubahan iklim global dengan beralih kepada tenaga boleh baharu.

Bagaimanapun, kata beliau, segala langkah yang diambil perlu mengambil kira impak sosio-ekonomi terhadap rakyat.

“Pendekatan ini sejajar dengan komitmen Malaysia untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan menggalakkan amalan lestari tanpa membebankan rakyatnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Amir Hamzah menyatakan komitmen itu ketika mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Kumpulan Bank Dunia (WBG) 2024 di Washington D.C., Amerika Syarikat bermula semalam hingga esok.

Mesyuarat ini merupakan platform untuk membincangkan hal ehwal berkaitan hubungan dua hala dan pelbagai hala di antara Malaysia dengan WBG dan IMF serta negara-negara anggota yang lain.

Negara-negara anggota juga berkongsi pendapat berhubung pelaksanaan strategi dan dasar negara masing-masing dalam menangani isu-isu semasa ekonomi dan kewangan global dalam sidang plenari dan sesi perbincangan semasa Mesyuarat Mengenai Persefahaman Tindakan Iklim Menteri-Menteri Kewangan (CFMCA).

Amir Hamzah turut mengadakan sesi libat urus dengan Agensi-agensi Penarafan Kredit (CRA) antaranya Standard and Poors (S&P), Moody’s dan Fitch pada sela-sela Mesyuarat Musim Bunga ini.

Selain itu, beliau turut berkongsi dan bertukar pandangan dengan ketua delegasi daripada negara-negara anggota yang lain berkenaan perkembangan ekonomi negara dan global melalui mesyuarat-mesyuarat dua hala yang dijadualkan.

“Beliau mengadakan perjumpaan dengan pegawai kanan IMF dan WBG untuk membincangkan hala tuju program dan aktiviti yang dilaksanakan di bawah kerjasama Malaysia dengan IMF dan WBG.

“Penyertaan Malaysia dalam Mesyuarat Musim Bunga IMF dan WBG ini penting sejajar dengan komitmen berterusan negara dalam usaha menggiatkan pertumbuhan secara bersama, khususnya dalam perkembangan ekonomi serantau dan global,” kata kenyataan Kementerian Kewangan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya