MAIPs peruntuk RM7.9 juta buat institusi pendidikan Islam di Perlis - Utusan Malaysia

MAIPs peruntuk RM7.9 juta buat institusi pendidikan Islam di Perlis

TUANKU Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan menyempurnakan simbolik penyerahan peruntukan buat institusi pendidikan Islam oleh MAIPs di sekitar Kangar, Perlis, baru-baru ini. -UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengagihkan peruntukan berjumlah RM7.9 juta buat institusi-institusi pendidikan Islam di sekitar negeri ini.

Sumbangan berkenaan diserahkan kepada 34 institusi pendidikan Islam yang merupakan agihan bagi tahun 2024.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan menyempurnakan simbolik penyerahan sumbangan berkenaan, di sini, baru-baru ini.

Turut mengiringi baginda pada majlis berkenaan adalah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Tuanku Yang Dipertua MAIPs bersama cucunda baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Hadir sama pada majlis tersebut adalah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Antara institusi pendidikan Islam yang menerima peruntukan berkenaan adalah Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs); Sekolah Agama Al Islahiyah Menengah (SAIM) Behor Mali; Sekolah Agama Al Islahiyah Rendah (SAIR) Behor Mali; Sekolah Menengah Agama Al Maad, Arau; dan Sekolah Rendah Islam (SRI 1) Jalan Abi Tok Hashim’.

Juga menerima sumbangan tersebut adalah Sekolah Rendah Islam (SRI 2) Felda Mata Ayer; Sekolah Rendah Islam (SRI 3) Felda Chuping; Yayasan Islam Perlis (Al Maad dan SRI); Maahad At Tarbiyah Al Islamiyah (MATRI); Sekolah Rendah At Tarbiyyah Al Islamiah (SRAATI); Madrasah Diniah Al Islamiyah, Jejawi (MADI); Sekolah Rendah Islam Al Furqan Jejawi; Sekolah Rendah Islam At Taqwa Beseri; Sekolah Rendah Islam Al Azhar (SRIAZ) Arau; Sekolah Rendah Islam Mithali Aqrab (SRIMA) Jejawi.

Selain itu, institusi lain yang menerima peruntukan berkenaan adalah Maahad Tahfiz Al Hikmah, Pauh; Maahad Tahfiz Miftahul Hidayah; Maahad Tahfiz Nurus Saadah; Madrasah Dar Al Quran dan Sunnah Bukit Jernih; Maahad Tahfiz Al Quran Darus Sunnah Padang Melangit (MAQDIS); Maahad Tahfiz Al Quran Al Barakah Sempering; Maahad Tahfiz Al Quran Ar Raudhah (MADAD) Mengkuang Layar; Maahad Tahfiz Al Masyhur Arau; Maahad Tahfiz Baitul Rahim; Maahad Tahfiz Al Bayan Pauh; Maahad Tahfiz Al Quran Al Barakah Lil Banat; Maahad Tahfiz Ilmu Al Quran Perlis (MATIQs) Mata Ayer.

Peruntukan berkenaan turut diagihkan kepada Maahad Tahfiz Al Hikmah LilBanat; Maahad Tahfiz Al Quran Nur Ad Diniah Sanglang; Maahad Tahfiz Al Quran Nur Intibah Changkat Lada; Maahad Tahfiz Al Quran Al Muqarrabin Beseri; IKAF Quranic Academic Iqra Kangar; Markaz Al Iman Darul Falah Ummi Aishah; Pusat Ihya Sunnah (PIUS); dan Al Fasoha Academy of Arabic Repoh.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya