Lelaki Israel akan didakwa

Lelaki Israel akan didakwa

RAZARUDIN Husain menyaksikan serah terima tugas Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik antara Datuk Mohd. Azman Ahmad Sapri (kiri) dengan Datuk Mohd. Nasri Omar di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur semalam. – UTUSAN/AMIR KHALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lelaki warga Israel yang ditahan bersama enam pucuk pistol dan 200 butir peluru di sebuah hotel 27 Mac lalu, dijangka dituduh di mahkamah minggu ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, buat masa ini pihaknya masih meneruskan siasatan bagi me­ngumpul maklumat termasuk motif sebenar lelaki berusia 38 tahun itu memiliki enam senjata api dipercayai diseludup dari negara jiran.

“Jadi, mungkin dalam ming­gu ini juga pertuduhan ke atas warganegara Israel tersebut akan dibuat… mungkin lepas raya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Pe­ngarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, semalam.

Terdahulu, pasangan suami isteri yang didakwa membekalkan senjata api kepada warga Israel itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Klang pagi semalam berhubung pemilikan pistol 9mm CZ 75.

Sharifah Faraha Syed Husin, 41i, didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) (FIPAA) kerana didakwa memiliki pistol itu.

Sementara itu, suaminya,Abdul Azim Mohd.Yasin, 43, didakwa mengikut Seksyen 9 akta sama kerana bersubahat dengan Faraha apabila dia didakwa mengetahui pistol itu dalam pemilikannya.

Menurut dokumen mahkamah, pasangan itu didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira pukul malam pada 29 Mac lalu di sebuah premis di Kampung Bukit Belimbing di Kuala Selangor.

Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Fakhrurrazi Ahmad Salim kemudian memaklumkan kepada mahkamah, tiada tawaran jaminan diberikan apabila pertuduhan dihadapi mereka adalah kesalahan yang tidak boleh dijamin.

Hakim Sharifah Hascindie Syed Omar tidak menawarkan sebarang jaminan dan menetapkan sebutan semula kes pada 11 Jun ini di Mahkamah Sesyen Kuala Selangor dan lantikan peguam mewakili kedua-dua tertuduh.

Prosiding dikendalikan Mohammad Fakhrurrazi dan dibantu Fazeedah Faik.

Pada 27 Mac lalu, Shalom yang memiliki pasport kewarganegaraan Perancis ditahan di sebuah hotel mewah di Jalan Ampang, di sini, selepas dikesan memiliki enam pucuk pistol jenis Glock 19 Marine, Glock 17 Gen 4, Smith and Wesson, Sig Sauer dan Stoeger serta 200 butir peluru, yang diletakkan di dalam beg miliknya.

Razarudin mendedahkan, suspek yang masuk ke negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menaiki penerbangan dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke Malaysia pada 12 Mac lalu.

Susulan itu , polis kemudian memberkas pasangan suami isteri berusia 42 dan 40 tahun di sebuah bazar Ramadan di Kuala Selangor, pada 29 Mac, yang disyaki menjual enam senjata api kepada Shalom.

Penahanan itu membawa kepada penemuan sepucuk lagi pistol di dalam beg sandang dalam kereta milik pasangan itu serta seorang lelaki dikesan menjadi pemandu lelaki Israel terbabit.

Seramai 12 lagi individu termasuk tiga warga asing ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Kontinjen dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dalam beberapa siri serbuan di Johor, Kelantan dan Lembah Klang, minggu lalu.

Kesemua mereka disiasat kerana terbabit dalam pengedaran senjata api yang dirampas, terbabit dalam aktiviti pembayaran wang kripto untuk urusan pembelian senjata serta kesalahan-kesalahan berkaitan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN