KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan mengenai keselamatan anggota tentera yang bertugas di Asia Barat ekoran ketegangan kian memuncak susulan konflik Iran-Israel. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihak kerajaan sentiasa memberi peringatan untuk menjaga soal keselamatan setiap kali penghantaran pasukan tentera ke luar negara. “Lebih-lebih lagi apabila berlaku keadaan seperti yang kita sedia maklum, saya percaya soal (keselamatan) dipertingkatkan,” katanya ketika diminta mengulas mengenai pasukan Batalion Malaysia (Malbatt)…