Kepala babi dicampak di luar masjid - Utusan Malaysia

Kepala babi dicampak di luar masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

STRASBOURG: Perancis digegarkan dengan insiden penemuan kepala seekor babi jantan berhampiran sebuah masjid di Contrexeville di wilayah Vosges, bahagian timur negara tersebut. 

Penemuan itu menunjukkan unsur hasutan dan kebencian kaum yang semakin meningkat sekaligus mencalarkan kesucian bulan Ramadan yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia. 

Menteri Dalam Negeri Perancis, Gerald Darmanin menyelar tindakan melampau terhadap umat Islam di negara itu.

Beliau turut mendedahkan terdapat dua lagi masjid di utara Perancis menghadapi penghinaan sedemikian rupa. 

“Pada hujung minggu ini, masjid-masjid di Valenciennes dan Fresnes-sur-Escaut telah dihina sedemikian rupa. 

“Sebuah masjid di Vosges turut menjadi sasaran. Saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang tidak boleh diterima ini terhadap rakan-rakan senegara kita yang beragama Islam,” katanya di platform X. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN