PETALING JAYA: Kematian anak perempuan Ketua Polis Daerah Lahad Datu yang maut tertembak diri sendiri secara tidak sengaja menggunakan pistol milik bapanya di rumah mereka di Taman Tabanak, Lahad Datu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). Timbalan Pesuruhjaya Sabah, Datuk Shahurinain Jais ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, seramai tiga saksi termasuk ahli keluarga mangsa telah diambil keterangan setakat ini. Menurut beliau, sepucuk pistol Walther P99 milik pegawai kanan berkenaan turut dirampas…










