Kasino di Forest City: Kabinet bincang tindakan terhadap Bloomberg

Kasino di Forest City: Kabinet bincang tindakan terhadap Bloomberg

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Kerajaan akan membincangkan tindakan terhadap Bloomberg yang mengeluarkan laporan mengenai penubuhan kasino di Forest City, Johor Bahru dalam mesyuarat Kabinet.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, beliau dimaklumkan terdapat laporan polis dibuat ke atas portal berita antarabangsa tersebut.

“Saya belum dapatkan maklumat terperinci. Kita ada mesyuarat Jemaah Menteri esok, jadi mungkin selepas itu (kita akan buat keputusan) tetapi setakat ini belum ada perkembangan terbaharu. 

“Namun, saya difahamkan, terdapat beberapa laporan polis yang telah dibuat. Jadi, saya kena tunggu mesyuarat jemaah menteri dahulu,” katanya pada sidang akhbar sempena lawatan kerja di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), di sini hari ini. 

Terdahulu, Perdana Menteri menafikan bahawa kerajaan mengeluarkan sebarang lesen untuk menubuhkan kasino di Forest City.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, laporan yang mendedahkan bahawa Malaysia sedang berunding dengan beberapa taikun untuk projek bernilai AS$100 bilion (RM480 bilion) adalah tidak benar.

Malah, Berjaya dan Genting Malaysia turut menafikan laporan Bloomberg, selain menggesa tindakan diambil ter­hadap syarikat media itu atas dakwaannya.

Untuk rekod, Bloomberg melaporkan Anwar menemui pengasas Berjaya Corporation Bhd, Tan Sri Vincent Tan dan CEO Kumpulan Genting, Tan Sri Lim Kok Thay untuk membincangkan lesen kasino bagi Forest City minggu lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya