Kalimah Allah di tapak kasut?

Kalimah Allah di tapak kasut?

Tulisan seakan kalimah Allah menerusi hantaran di Facebook.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Isu agama Islam sekali lagi dibangkitkan selepas sebuah jenama didakwa memaparkan logo seakan dipercayai seakan kalimah Allah di tapak kasut.

Pembeli kasut tersebut, Mohd Haridz berkata, beliau membeli sepasang kasut daripada jenama tersebut untuk isterinya bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Bagaimanapun, katanya, beliau terkejut selepas melihat kasut tersebut mempunyai kalimah Allah di bahagian tapak.

“Kasut ni lepas saya beli, terus tidak buka dan terus letak dalam bilik (tetap) hari ini saya terdetik hati nak tengok.

“Apabila buka (semula) nampak ada (dakwaan) kalimah Allah. Pada mata saya jelas sangat kalimah Allah (di tapak kasut). Saya tidak tahu sama ada ia menjadi trend ke macam mana. Agak kurang ajar,” katanya dalam sebuah video yang tular di Facebook.

Menerusi resit yang dipaparkan kasut wanita itu berharga RM100 sepasang dan dipercayai dibeli di pusat beli belah Kuantan Parade.

Mengulas lanjut, Haridz berkata, beliau akan kedai itu semula bagi meminta penukaran kasut atau meminta wangnya semula.

“Untuk orang di luar sana kalau nak beli kasut jenama ini, semak dahulu dan pastikan tiada logo (kalimah Allah),” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan, KK Super Mart menerima kecaman teruk susulan penjualan stoking berjenama Miranosock yang tertera kalimah Allah di salah satu cawangannya di Bandar Sunway, Petaling Jaya, Selangor.

Kejadian yang dianggap menghina agama Islam itu menyebabkan sehingga dua kedai serbaneka tersebut diserang dengan bom petrol. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×