LUMUT: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perak menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada tiga keluarga mangsa nahas dua helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, sebagai usaha mengurangkan trauma mereka akibat kejadian tersebut. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Salbiah Mohamed berkata, pihaknya memahami perasaan serta situasi dihadapi semua tiga keluarga yang menetap di Perak. Beliau bagaimanapun menjelaskan, pihak JKM memberi peluang kepada…